PENGENALAN
DATO’ ABDUL LATIF BIN HJ HASHIM (UNDANG NANING KE – 19 )
YANG DIHORMATI YANG AMAT MULIA ORANG KAYA SERI RAJA ME’ RAH DATO’ UNDANG WILAYAH NANING KE -19
- Beliau adalah pesara polis.
- Beliau dilantik menjadi Yang Amat Mulia pada 4 Ogos 2004.
- Lalu setelah Dato’ Undang Naning Ke – 18 Dato’ Mohd Shah Mohd Said mangkat pada 14 Jun 2004.
- Sehingga kini, Dato’ Abdul Latif Bin Hj Hashim kekal Naning Ke – 19.
Beliau mempunyai seorang isteri yang bernama (Toh Puan) Norshazizan binti Dato’ Seri Idris dan beliau mempunyai cahaya mata dua putra dan dua putri.
- Beliau adalah cukup syarat untuk menjadi seorang Dato’ Undang Naning.
- Beliau juga adalah dari suku Semelenggang Naning, ia itu Raja Ditabuh Permaisuri di Naning yang telah direstui oleh Ibu Sokoh dan dipersetujui oleh Lembaga Adat,
- Barulah upacara Bekojan di buat di masjid Taboh Naning dengan penuh istiadat oleh Lembaga Adat.
- Beliau di lantik Dato’ Naning ke-19 dan di sahkan oleh Kerajaan Negeri Melaka dan Kerajaan Malaysia.
IBU SOKO
Hajah Rahmah binti Kering dia adalah perut yang pertama & ibu soko inilah layak melantik Yang Amat Mulia Dato’ Abdul Latif Bin Hashim.
- Tarikh – tarikh penting Yang Amat Mulia Dato’ Abdul Latif:
- 4 Ogos 2004 – Perlantikan Sebagai Dato’ Undang Naning Yang Ke-19
- 10 Julai 2004 – Hari Kemasyhuran
- 24 Nov 2006 – Hari Bekerjan
- 21 Mei 1959 – Hari Kelahiran Y.A.M
12 September 2014:
Yang Amat Mulia Dato’ Abdul Latif Bin Hashim Solat Jumaat Bersama Yang Dipertuan Agong Malaysia AL-Sultan Almu’ Tasimu Billahi Muhibbudin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Ar-Marhum Sultan Badlisshah.
Bekerjan naik atas bukit penyalang, mesti dimandikan diperigi gaong, beliau tidak boleh menjejakan kaki sebelum sembahyang sunat di masjid Taboh Naning.